Monday, June 14, 2010

MEMORIAL TOKOH KEMERDEKAAN TUN TAN CHENG LOCK

1.Ada cerdik pandai yang berpendapat bahawa kita tidak perlu mendirikan memorial untuk Tun Tan Cheng Lock kerana ini akan menyebabkan adanya orang-orang lain yang akan menuntut supaya memorial-memorial juga dibina untuk tokoh-tokoh yang lain atas alasan bahawa keadaannya adalah sama.

2.Tetapi keadaannya adalah tidak sama. Tun Tan Cheng Lock adalah tokoh MCA yang bersama-sama dengan tokoh-tokoh UMNO dan MIC yang telah berjuang untuk kemerdekaan negara kita. Umum tahu bahawa UMNO, MCA dan MIC telah membawa kemerdekaan kepada negara kita.

3.Tidak ada benda dalam hidup kita sebagai manusia yang lebih penting daripada mendapat kembali kebebasan yang telah hilang. Kebebasan adalah hak asasi untuk seluruh makhluk yang dinamakan manusia. Jadi tidaklah perlu dibimbangkan akan adanya tuntutan-tuntutan dari pihak lain.

4.Juga kedengaran seolah-olahnya ada percubaan untuk mengatakan bahawa kita tidak pernah dijajah. Tidak ujud penjajahan, tidak juja ujud kemerdekaan. Tidak ujud kemerdekaan, tidak juga ujud orang-orang yang berjuang untuk kemerdekaan. Maka memorialnya tidak diperlukan lagi. Ini alasan yang mudah dibuat.

5.Tetapi, pada 31 Ogos 1957 kita merdeka. Seluruh rakyat Malaysia tahu tentang hal ini. Setiap tahun semenjak 31 Ogos 1957 kita merayakan hari kemerdekaan. Ini kita lakukan secara besar-besaran. Bolehkah kita nafikan fakta ini ? Kalau sekarang kita merdeka, maka logiknya dahulu kita dijajah.

6.Sememangnya tidak berasaslah kebimbangan yang dirasai oleh cerdik pandai kita itu.

7.Sebenarnya adalah tidak salah kalau kita mendirikan memorial untuk mengenang jasa tokoh kemerdekaan MCA Tun Tan Cheng Lock.

No comments:

Post a Comment