Saturday, June 19, 2010

PARTI POLITIK DAN PILIHANRAYA

1.Mengapa parti politik mengambil bahagian dalam pilihanraya? Ada dua sebab: ingin membentuk kerajaan atau ingin sekadar menjadi pembangkang.

2.Parti politik yang besar apabila berjaya mendapat kerusi majoriti boleh membentuk kerajaan untuk memerintah sesebuah negeri di mana pilihanraya diadakan.

3.Parti politik yang kekuatannya terhad dan tidak cukup untuk menjadi pemerintah akan meminta supaya diberi peranan sebagai pembangkang.

4.Mengapa harus adanya pembangkang? Monarki adalah merupakan bentuk kerajaan yang awal sesebuah negara yang berdaulat. Kuasa mutlak berada pada seseorang raja yang memerintah. Oleh kerana terjadinya perkara-perkara yang buruk seperti ketidakadilan, penyalahgunaan kuasa dan sebagainya, maka rakyat telah menuntut supaya mereka diperintah melalui sistem demokrasi.

5.Dalam sistem demokrasi, kuasa berada di tangan rakyat. Kerajaan dipilih oleh rakyat. Tetapi kerajaan juga ada yang baik dan ada juga yang tidak baik. Dalam hal ini pembangkang mempunyai tanggungjawab yang berat untuk membantu rakyat. Tugas pembangkang adalah untuk membawa kepada pengetahuan rakyat akan perkara-perkara tidak baik yang telah dilakukan oleh kerajaan. Kalau dilihat dari segi falsafah politik dan kerajaan, pemerintah dan pembangkang sama-sama bekerja untuk kebaikan rakyat.

No comments:

Post a Comment